Hukum Mim Sakinah

Hukum Mim Sakinah dan Tanwin  terbahagi kepada TIGA bahagian/hukum...


  1. Ikhfa' Syafawi 
  2. Idgham Syafawi 
  3. Idzhar Syafawi 


 Setiap daripada hukum di atas mempunyai huruf yang tersendiri yang menentukan di bahagian hukum manakah ia dikelaskan. Mari kita lihat huruf yang berkenaan..

Tapi sebelum tu kita belajar dan fahami maksud dahulu bagi setiap hukum.. haa.. baru senang nak ingat dan senang pula kita untuk mengaplikasikan hukum tersebut dalam bacaan AL-QURAN kita.. baru tip top..

Takrif:-

Ikhfa' Syafawi
- Ialah hukum yang berlaku apabila terletak huruf Ba' selepas huruf min yang bertanda sukun atau mim sakinah

Idgham Syafawi
- Ialah hukum yang apabila terletak huruf mim yang berbaris selepas huruf mim yang bertanda sukun @ mim sakinah. Ia juga dikenali dengan nama idgham mithlain soghir.

Idzhar Syafawi
- Ialah hukum yang terletak selepas huruf mim yang bertanda sukun salah satu huruf idzhar syafawi..  selain dari huruf mim dan ba'..

Formula Hukum Mim Sakinah

الإخفاء الشفوي
ب
مْ +
الإدغام الشفوي
م
مْ +
الإظهار الشفوي
ت, ث, ج, ح, خ, د, ذ , ر, ز, س, ش, ص, ض, ط, ظ ,ع, غ, ف, ق, ك, ل, م, ن, و, ه, ء, ي
مْ +



Senang kan nak ingat?? Senang je... 

Selamat Beramal... 

Assalamualaikum.. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kuiz 2: Maharat Al-Quran Tingkatan 2

Assalamualaikum wb.t semua.. apa khabar?? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat wal afiat. dipelihara Allah sentiasa....