Selasa, 3 September 2019

Kuiz 2: Maharat Al-Quran Tingkatan 2




Assalamualaikum wb.t semua..

apa khabar??
Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat wal afiat. dipelihara Allah sentiasa..

Diterangkan hati.. Dlimpahkan ilmu yang bermanfaat penuh didada..

Memandangkan kita sudah berada hampir di penghujung tahun.. Jadi kali ini ustazah bercadang untuk membantu kamu memahami dengan lebih baik tentang topik2 yang telah kita pelajari dari awal tahun 2019..

Oleh yang demikian,,, semua diminta untuk tekan link di bawa dan mula menjawab soalan-soalan yang dibekalkan..

Sebarang bentuk bantuan seperti nota dan buku teks tidak dibenarkan. 

Sila jawab dahulu mengikut kefahaman kamu dan kita akan bincang jawapan setelah semuanya selesai menjawab.. 

SELAMAT MENJAWAB DENGAN BAIK.. 

BITTAUFIQ WAN NAJAH.. 

Selasa, 27 Ogos 2019

BAB AL-LAAMAT AS-SAKINAH

Assalamualaikum semua.. 


Selamat Datang.. Apa khabar hari ini???? Harap semuanya sihat wal afiat dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan pengajian tajwid kita.. 

ok.... untuk hari ini, kita akan lihat kepada satu bab dalam maharat al-Quran tingkatan 2 iaitu Bab Al-Laamat As-Sakinah... atau lebih mudah nak faham ianya bab huruf lam yang bertanda mati atau sukun.. 



Untuk lebih mudah memahami tentang bab ini... saya sertakan di sini video-video yang berkenaan agar semua dapat mendengar, mengambil nota dan memahami bab ini.. 



Kita akan bincangkan tajuk tersebut di kelas nanti... selamat mengikuti pembelajaran tajwid semua... 

jom kita mula... ^____________^




Boleh copy link ni dan paste di youtube jika bermasalah untuk mainkan video di atas.. 

https://www.youtube.com/watch?v=JilX6uIqEuo&t=0s&list=PLm8dqMrItYVb2bOPONWf3fGrBVRV545e7&index=10&app=desktop



Boleh copy link ni dan paste di youtube jika bermasalah untuk mainkan video di atas.. 


https://www.youtube.com/watch?v=aRHFGJQ9Pxs&list=PLm8dqMrItYVb2bOPONWf3fGrBVRV545e7&index=2




Selamat semuaaaa.... Semoga berjumpa lagiiii..... 




KUIZ MIM SAKINAH

Assalamualaikum... 



hye semua.. 


Apa khabar semua hari ini.. 

ok.. hari ini kita nak cuba try test (hahaha) sikit tahap kefahaman semua.. 


so, hari ini semua boleh cuba tengok power ke x tahap kefahaman masing-masing dalam ilmu tajwid yang kita dah belajar...  

soooooooooo..... 


Jom mulaaaa....



Jom... Klik Link Kat Bawah untuk menjawab soalan kuiz yang sudah disediakan...  



Selamat Mencuba... ^_____^











HUKUM MIM SAKINAH

Hukum Mim Sakinah dan Tanwin  terbahagi kepada TIGA bahagian/hukum...


  1. Ikhfa' Syafawi 
  2. Idgham Syafawi 
  3. Idzhar Syafawi 


 Setiap daripada hukum di atas mempunyai huruf yang tersendiri yang menentukan di bahagian hukum manakah ia dikelaskan. Mari kita lihat huruf yang berkenaan..

Tapi sebelum tu kita belajar dan fahami maksud dahulu bagi setiap hukum.. haa.. baru senang nak ingat dan senang pula kita untuk mengaplikasikan hukum tersebut dalam bacaan AL-QURAN kita.. baru tip top..

Takrif:-

Ikhfa' Syafawi
- Ialah hukum yang berlaku apabila terletak huruf Ba' selepas huruf min yang bertanda sukun atau mim sakinah

Idgham Syafawi
- Ialah hukum yang apabila terletak huruf mim yang berbaris selepas huruf mim yang bertanda sukun @ mim sakinah. Ia juga dikenali dengan nama idgham mithlain soghir.

Idzhar Syafawi
- Ialah hukum yang terletak selepas huruf mim yang bertanda sukun salah satu huruf idzhar syafawi..  selain dari huruf mim dan ba'..

Formula Hukum Mim Sakinah

الإخفاء الشفوي
ب
مْ +
الإدغام الشفوي
م
مْ +
الإظهار الشفوي
ت, ث, ج, ح, خ, د, ذ , ر, ز, س, ش, ص, ض, ط, ظ ,ع, غ, ف, ق, ك, ل, م, ن, و, ه, ء, ي
مْ +



Senang kan nak ingat?? Senang je... 

Selamat Beramal... 

Assalamualaikum.. 






Rabu, 14 Ogos 2019

MARI BERCINTA DENGAN ILMU TAJWID

CINTAKU SEPERTI ILMU TAJWID

Saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan saktah, hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar…
Aku di matamu mungkin bagaikan nun mati diantara idgham billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada…
Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang…

Namamu ibarat ikhfa bagiku, selalu mendengung-dengung ditelingaku…

Jika mim mati bertemu ba disebut ikhfa syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta…
Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham mutamaatsilain…melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim, Paling panjang di antara yang lainnya…
Setelah kau terima cintaku nanti, hatiku rasanya seperti Qalqalah kubro.. terpantul-pantul dengan keras…
Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab, ditandai dengan dua hati yang menyatu..

Sayangku padamu seperti mad thobi’I dalam Al-Qur’an… Banyaaakkk sangat….Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham bilaghunnah yang cuma berdua, lam dan ro’ ..

Meski perhatianku ga terlihat seperti alif lam syamsiah, namun cintaku padamu seperti alif lam Qomariah, terbaca jelas…
Kau & aku sepeti Idgham Mutajanisain..perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya…
Dan layaknya huruf Tafkhim, Namamu pun bercetak tebal di fikiranku..
Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti mad aridlisukun..

Subhanallah…
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya, mereka ibarat tasbih & benang pengikatnya yang terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya.




CnP

Terus Bercinta dengan Tajwid dan Al-Quran 

Kuiz 2: Maharat Al-Quran Tingkatan 2

Assalamualaikum wb.t semua.. apa khabar?? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat wal afiat. dipelihara Allah sentiasa....